TEL: +603-79677200/7215 Akademi Pengajian Melayu (APM) telah ditubuhkan pada tahun 1990 hasil daripada Laporan Lembaga Pengajian Mengenai Akademi Pengajian Melayu. Pada masa itu, Akademi Pengajian Melayu memberi tumpuan kepada kegiatan penyelidikan, penerbitan dan pendokumentasian iaitu sebagai pelengkap kepada fungsi yang dijalankan oleh Jabatan Pengajian Melayu (JPM) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Pada 14 Julai 1995, Jabatan Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Melayu bergabung dengan rasminya untuk menjadi satu institusi akademik di Universiti Malaya